Disahkan Paru-Paru Berair, Datuk M Daud Kilau Kini Stabil – “Bila Rasa Penat Dia Akan…”

Rabu lalu, penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau, 84, telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) akibat sesak nafas malah disahkan kritikal akibat paru-paru berair.

Walaubagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri sejak malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, anak penyanyi itu memaklumkan bahawa keadaan bapanya sekarang lebih baik berbanding semalam.

“Ayah sudah sedar, sekarang sudah boleh makan dan minum berbanding semalam,”katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Namun isteri kepada pelantun lagu Cek Mek Molek itu menyatakan keadaan suaminya masih lemah dan perlu banyak berehat meskipun suaminya itu sudah boleh bercakap.

“Suami sudah boleh berbual dengan saudara mara ynag datang ziarah tetapi tidak boleh lama.

“Apabila rasa penat dia akan tidur sebentar,” jelasnya.

Terdahulu, Datuk M Daud Kilau pernah dimasukkan ke HTI bagi menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau Kritikal Akibat Paru-paru Berair

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari