Diserang Penyakit Autoimun, Sikap Ashanty Mula Berubah?

Selepas dilaporkan menghidap penyakit Autoimun pada tahun lalu, penyanyi Ashanty sering dimasukkan ke hospital.

Pada November lalu, tubuhnya dipenuhi benjolan merah akibat daripada penyakitnya itu.

Sehubungan itu, isteri kepada komposer Anang Hermansyah ini dilaporkan mula berubah selepas mengetahui diserang Autoimun

“Bukan soal percaya atau tidak percaya, tetapi apa pun yang baik aku ambil. Seperti meningkatkan amal ibadah, solat dan ada beberapa perkara yang harus aku ikut.

“Aku fokus ke ibadah saja. Aku percaya ada hal begitu, ya ‘pagar’ aku berserah diri ke Allah,” ujar Ashanty kepada Kompas.com. 

Wanita berusia 35 tahun ini sedar mungkin ada kekurangan dari segi sikap dan tingkah lakunya namun mahu berubah perlahan-lahan.

“Mahu jadi orang baik kerana aku masih banyak kekurangan dan kesalahan. Kita manusia dalam pertuturan mungkin ada yang salah,” katanya. 

Terdahulu, Ashanty juga pernah menderita penyakit meningitis pada tahun 2013.

Tambahnya, dia turut mengambil makanan tambahan seperti suplemen kesihatan untuk menambahbaik keadaan tubuh. 

SGMS Faida