Featured By: Salma Syahbuddin September 19, 2023 @ 2:00pm

Dituduh Flex Kekayaan, Aeril Zafrel Malas Ambil Pusing -“Mereka Yang Tegur Mungkin Tak Tahu Tentang Kami”

“Kami pernah lalui waktu sukar, rasanya orang tahu apa yang kami ada sekarang bukan hasil dalam tempoh setahun”.

Demikian respons yang diberikan pelakon kacak, Aeril Zafrel selepas terdapat segelintir warganet yang mempertikaikan kemewahan yang dimilikinya.

Kata Aeril, apa yang dimilikinya kini adalah hasil titik peluh perniagaan yang dijalankan bersama isterinya, Wawa Zainal sejak beberapa tahun yang lalu dan ia bukan sesuatu yang mudah.

“Mereka yang tegur mungkin tidak tahu tentang kami. Mereka bercakap secara spontan.

“Kami pernah lalui waktu sukar, rasanya orang tahu apa yang kami ada sekarang bukan hasil dalam tempoh setahun. 

“Dan saya tak baca komen yang berbentuk kecaman kerana tak mahu menganggu emosi dan mental saya,” katanya.

Post kekayaan bukan untuk menunjuk

Sedar dengan tuduhan yang diberikan, pelakon Wawa Zainal juga tampil menjelaskan, apa yang ditunjukkan di media sosial bukanlah dengan niat mahu menunjuk ataupun riak, tetapi ia adalah sebagai kenangan buat mereka sekeluarga.

“Kalau dapat sesuatu yang buat say agembira mestilah saya kongsi. Saya pun manusia biasa hanya berkongsi momen yang bahagia.

“Tapi terpulanglah tanggapan orang.Mereka boleh bercakap apa sahaja cuma, saya harap janganlah keterlaluan,” jelasnya.

Terdahulu, isu ini timbul selepas Aeril berkongsi hantaran di platform media sosialnya dengan memberi kejutan berupa sebuah kereta mewah jenis pacuan empat roda jenama Brabus 900 Rocket Edition dengan anggaran harga mencecah lebih RM3 juta buat isteri tercinta.

 

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Trending Thu, 3 Jun 2021
Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Netizen Mahu Nora Danish Ganti Neelofa

Netizen suka akan gandingan Nora bersama Nabil sememangnya menjadi.

Trending Mon, 21 Jun 2021

Muncul Dengan Lagu Duet, Daniesh Suffian Tumpang Populariti Aina Abdul?

Penyanyi baru, Daniesh Suffian kini muncul dengan lagu duet bersama Aina Abdul yang berjudul Warna Warni. Baru sahaja dilancarkan, single ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Mas Dewangga ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platfom […]