Dituduh Hamilkan Wanita & Minta Untuk Gugurkan Kandungan, Aniq Suhair Ambil Tindakan Saman!

Susulan beberapa hantaran yang tular di TikTok berikutan tuduhan menghamilkan seorang wanita dan meminta wanita tersebut menggugurkan kandungan, pelakon Aniq Suhair akhirnya tampil memberikan respons.

Menurut Aniq, tuduhan tersebut disifatkan sebagai berniat jahat sekaligus mahu menjatuhkan nama baiknya.

“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aniq atau nama penuhnya, Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, bakal mengambil tindakan saman terhadap individu terbabit demi menjaga dan melindungi nama baiknay dan keluarga.

“Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga termasuklah memulakan tindakan saman.

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang.

“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi aktor drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah ini menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Khamis.

Terdahulu, kecoh di platform TikTok apabila seorang wanita mengaku hamil dan mendakwa Aniq adalah bapa kepada anak yang dikandungnya.

Ini kerana, wanita tersebut seakan memberi hint bahawa individu lelaki itu sedang dalam proses memperbaiki diri.

ARTIKEL BERKAITAN:Aniq Suhair Mohon Peminat Padam Foto Berseluar Pendek, Minta Doakan Istiqamah – “Moga Allah Lindungi Aurat & Aib Kita”

Salma Syahbuddin