Categories: HiburanSelebriti

Dituduh Playboy, Shahir Mahu Bersemuka Dengan Tukang Fitnah

Penyanyi Shahir bengang apabila ada individu tidak bertanggungjawab mendakwanya sebagai ‘kaki perempuan’.

Tegas Shahir, dia mahu bersemuka dengan individu berkenaan memfitnah sesuka hati tanpa mengemukakan alasan kukuh.

“ Dia beritahu nampak saya bersama seorang wanita di pusat beli belah di Damansara. Malah siap bersumpah di hadapan Erra dan individu lain yang kononnya tahu segala cerita tentang saya.

“ Saya mahu dia tampil dan berdepan dengan saya jika rasa dia benar. Saya mahu tahu siapa individu itu,” tegasnya.

Memetik laporan Harian Metro, dia bimbang orang ramai termasuklah teman rapatnya pelakon Erra Fazira terpengaruh dengan apa yang disampaikan.

“ Saya penat melayan cerita seperti ini. Saya letih dan tidak faham kerana ada pihak yang sanggup mereka cerita tidak benar kepada Erra.

“ Sebagai wanita, sudah tentu dia sedih mendengar cerita sebegini. Mujur dia faham dan tidak mempercayai dan menerima apa yang disampaikan bulat-bulat,” katanya.

Biarpun pelbagai fitnah terpaksa ditelan, Shahir mengaku hubungannya dengan pelakon wanita jelita itu masih berjalan baik.

SGMS Faida