Dituduh Tak Bantu Fazura Dukung Anak… Peminat Tampil Back Up Fattah Amin – “Ragam Anak Biasalah… Rajin Sikit Baca Kapsyen!”

Baru-baru ini pelakon dan usahawan popular, Fazura dan Fattah Amin telah mengadakan sambutan hari ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Nur Fatima di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bagaimanapun, gelagat Fazura yang kelihatannya mendukung Fatima sambil memakai kasut boots bertumit tinggi mencuri perhatian rata-rata pengikutnya.

 

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram milik aktres itu, Fattah kelihatannya hanya tersenyum sambil memerhatikan isterinya mendukung anak mereka.

Tindakan tersebut bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mendakwa Fattah hanya jalan melenggang tanpa mempedulikan keadaan isterinya.

 

Namun, melihat kepada tuduhan yang diberikan, peminat pasangan ini akhirnya tampil memaklumkan keadaan sebenar dan mengatakan bahawa dakwaan tersebut sama sekali tidak benar memandangkan setiap anak mempunyai ragamnya tersendiri.

Bahkan, mereka juga meminta agar netizen membaca kapsyen terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen negatif di ruangan video berkenaan.

@fazuraofficial Lepastu masuk je ballroom, dia nak daddy all the way pulak.. (Alhamdulillah, selamat kaki mommy 😂) @Fattah Amin ♬ original sound – Fazura

 

Sehingga kini, video tersebut telahpun meraih 1 juta tontonan dan menerima lebih 53,000 tanda suka beserta komen dari kedua-dua peminat pasangan ini.Baru-baru ini pelakon dan usahawan popular, Fazura dan Fattah Amin telah mengadakan sambutan hari ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Nur Fatima di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Bagaimanapun, gelagat Fazura yang kelihatannya mendukung Fatima sambil memakai kasut boots bertumit tinggi mencuri perhatian rata-rata pengikutnya.

 

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram milik aktres itu, Fattah kelihatannya hanya tersenyum sambil memerhatikan isterinya mendukung anak mereka.

Tindakan tersebut bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mendakwa Fattah hanya jalan melenggang tanpa mempedulikan keadaan isterinya.

 

Namun, melihat kepada tuduhan yang diberikan, peminat pasangan ini akhirnya tampil memaklumkan keadaan sebenar dan mengatakan bahawa dakwaan tersebut sama sekali tidak benar memandangkan setiap anak mempunyai ragamnya tersendiri.

Bahkan, mereka juga meminta agar netizen membaca kapsyen terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen negatif di ruangan video berkenaan.

 

Sehingga kini, video tersebut telahpun meraih 1 juta tontonan dan menerima lebih 53,000 tanda suka beserta komen dari kedua-dua peminat pasangan ini.

Salma Syahbuddin