Hiburan By: Syamir Shafie January 29, 2024 @ 10:21am

Dompet Hantaran Nikah Tercicir, Imran Aqil Cuai Gara-Gara Tertidur Dalam Pawagam! Rupanya Ada Yang…..

Akibat terlelap ketika menonton wayang, pelakon, Imran Aqil tidak sedar dompet miliknya tercicir di tempat duduknya dalam pawagam.

Imran hanya mengetahui ketiadaan dompetnya itu setelah sampai di rumahnya.

Bimbang dengan kehilangan barangan peribadinya yang penting itu, Imran atau nama sebenarnya Mohamad Imran Aqil Mohd Salehudin terus berpatah balik ke panggung wayang berkenaan tanpa berfikir panjang.

Malang sekali, dompetnya dipercayai tiada di tempat duduknya.

“Al-kisah semalam tengok wayang, dompet tercicir dalam hall, filem habis 12:15 pagi. Sedar pukul 12:45 pagi.

“Dah sampai rumah waktu tu, memamg berdesup patah balik ke TGV One Utama.

“Cari-cari tak jumpa sebab hall itu tengah ada show.

“Husnuzon, mungkin ada orang bersihkan dan simpankan,” luahnya semalam.

Dalam pada itu, gara-gara risau perkara tidak diingini berlaku, Imran mengambil keputusan bijak menghubungi pihak bank untuk menyekat segala transaksi kad bank miliknya.

Walau bagaimanapun, Imran dapat menarik nafas lega apabila menerima mesej yang memaklumkan dompetnya telah berjaya ditemui selepas bangun daripada tidur.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana tidak hilang apa-apa yang berada dalam dompetnya itu.

“Dompet tu Dahlia hadiahkan sebagai hantaran nikah, jadi sayang kalau hilang,” kongsinya.

Trauma dengan insiden tersebut, Imran menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak menonton wayang dalam keadaan mengantuk kerana kita mungkin tidak sedar apa yang berlaku.

Bahkan, Imran meminta netizen untuk sentiasa memeriksa tempat duduk sebelum bergerak keluar daripada wayang agar tidak berlaku sebarang keciciran barang.

“Kalau mengantuk, jangan tengok wayang. Tolong periksa tempat duduk sebelum gerak.

“Kalau ada member atau keluarga tertidur, tolong periksakan untuk dia sebab dia bangun akan mamai-mamai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

3 Dokumen Penting Perlu Ada Jika Masuk Thailand Dengan Kereta Sendiri

Tips dan keperluan yang patut ada jika anda membawa kereta Malaysia ke Thailand.

Featured Fri, 23 Jul 2021

“Kenapa Kaitkan Nama Orang Yang Tak Terlibat..”- Neelofa Persoal Tindakan Caprice Kaitkan Nama Rakan Artis Lain

Isu antara pendakwah bebas, Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice masih belum menemui jalan penyelesaian. Umum maklum ketika sidang media Ebit Lew dilakukan secara live, Ebit Lew telah menjawab pelbagai persoalan dan fitnah yang dilontarkan […]

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Jangan Sorok Password’- Amyra Rosli Kongsi Tips Rumah Tangga

Kami selalu ingatkan diri masing-masing untuk membuang ego jauh agar isu tidak berpanjangan,

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

‘It’s Not Funny’, Siti Sarah ‘Sekolahkan’ Pengikut Di Instagram

Saya menganggap pembantu rumah adalah antara pekerjaan yang mulia…