Featured By: Salma Syahbuddin February 3, 2023 @ 7:41pm

Dr Amalina Terima Jemputan Prince Charles Ke Istana Buckhingham, Netizen Tumpang Bangga!

Doktor pakar bedah, Dr. Amalina Bakri sekali lagi membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga apabila dia telah dipilih dan dijemput untuk mewakili Malaysia menghadiri majlis resepsi Raja Britain, Raja Charless III dan Permaisuri yang berlangsung di Istana Buckingham, London.

Majlis tersebut diadakan bersempena merayakan komuniti Inggeris Timur dan Asia Tenggara di negara tersebut.

Amalina berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Jumaat.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia. 

“Kali terakhir saya bertemu dengan Baginda ialah pada 2017 (beliau adalah Putera Wales ketika itu), apabila baginda datang melawat Hospital Diraja London (tempat saya bekerja) selepas serangan pengganas London Bridge. Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa.

“Kami berbesar hati untuk dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja yang bekerja dan rangkaian dengan orang lain dari pelbagai lapisan masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada komuniti mereka sendiri di United Kingdom (UK) dan di luar negara,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya mengucapkan tahniah dan berbesar hati serta berbangga kerana dia dapat mewakili negara Malaysia dengan pencapaiannya yang cukup membanggakan.

Bahkan, ada yang menyifatkan Amalina sebagai contoh wanita yang patut dijadikan inspirasi semua orang.

Antara tetamu lain yang turut hadir pada majlis tersebut adalah, pelakon, Will Sharpe, Simone dan John Rocha, Huishan Zhang dan Rejina, Alexa Chung  dan pengarah Louis Wain.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Syafie Naswip ‘Move On’ Dengan Uqasha?

Biar betul?? Jangan-jangan cinta sudah berputik ya?

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Tunai Umrah…Lan Solo Mohon Doa Peminat!

Semoga mendapat Umrah yang mabrur buat Lan Solo dan seluruh ahli keluarganya. Insha Allah…

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

ACTOR JEON TAE SOO PASSES AWAY DUE TO DEPRESSION

Ha Ji Won’s younger brother, Jeon Tae Soo passes away after long battle with depression. Click in to view for more information.

Featured Wed, 8 May 2019
Hiburan Fri, 31 May 2019

Kecewa Belum Dapat Bayaran ‘Shooting’, Reza Hasbi Minta Maaf Dengan Anak-Anak

Sampai masa, Abbi akan undur diri untuk kerjaya ini…

Events Fri, 1 Nov 2019

叶良财直呼爆冷!贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》获最佳电视剧

贺岁剧《开餐吧!吃货小妹》成功突围,杀出一条血路,获颁ASK2019「最佳电视剧」。

Trending Mon, 14 Oct 2019

Ini Penjelasan Christy Ng Mengenai Cuti Bersalin 90 Hari

So, netizen jangan tuduh melulu okay. Ada betulnya apa yang Christy Ng cuba sampaikan

| Live TV