Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Baru-baru ini, penyanyi Amir Hassan dikecam netizen selepas membuat pengakuan memiliki 13 bekas teman wanita sebelum ini.

Jelas penyanyi yang bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia ini, dia tidak mahu lagi mengulangi sifat lama dan mahu lebih menghargai wanita.

“ Saya mengaku dulu saya seorang playboy dan memiliki ramai teman wanita. Tetapi kini saya tidak mahu lagi fikir soal cinta lagi memandangkan saya pun masih muda lagi. Perjalanan dalam karier seni pun masih jauh lagi,” kata Amir yang baru berusia 23 tahun.

Amir yang ditemui di majlis pelancaran muzik video Seloka Raya bersama artis Warner Music memberitahu dia tidak meletakkan sasaran berkahwin pada usia muda.

“ Kalau saya berjumpa dengan wanita yang memiliki ciri idaman selepas ini, saya tak mahu couple. Kalau boleh saya nak ajak dia kahwin terus. Tapi lambat lagi, mungkin bila umur saya 27 tahun nanti. Buat masa ini saya malas fikir pasal kekasih lagi,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Amir kini masih dalam sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul, Gadis Yang Ku Tunggu ciptaan komposer Aizat Amdan. 

SGMS Faida