Hiburan By: Fatin Nurain July 1, 2023 @ 2:30pm

Elak Babak Bersentuhan Dalam Drama Perempuan Itu, Lakonan Amar Asyraf Raih Pujian Penonton

Pelakon Amar Asyraf tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat aksi lakonannya menerusi drama bersiri Perempuan Itu.

Biarpun sudah melabuhkan tirainya semalam, bahang kehangatan drama bersiri itu masih menjadi bahan bualan dalam kalangan penonton setianya.

Bukan itu sahaja, barisan pelakon lain yang membintangi drama ini seperti Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa turut meraih pujian dalam kalangan penonton.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok yang mempamerkan gelagat Amar yang menjayakan watak sebagai Aryan kekal menjaga ikhtilatnya setiap kali berdepan dengan babak bersentuhan bersama Mimi (Khalish).

Dalam perkongsian tersebut, pemilik akaun tersebut memuji tindakan Amar yang sering melapikkan tangannya dengan kain untuk menyentuh tangan Mimi.

“Masyaallah….y’all nampak tak apa yang saya nampak! Aryan lapik kain sebelum memegang tangan Khalish, banyak pekara yang boleh kita belajar dalam drama hebat ini,” tulisnya.

@lindalyn85 Masyaallah….y’all nampak tak apa yang saya nampak! Aryan lapik kain sebelum memegang tangan Khalish, banyak pekara yang boleh kita belajar dalam drama hebat ini by @erma fatima #perempuanitu #lindalyn85 #careerwoman #loveyourself ♬ Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslaw & Amee

Setuju dengan perkara itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa kagum dengan perubahan yang dipamerkan oleh Amar menerusi drama ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Gara-Gara Diekori Peminat Fanatik, TWICE Terpaksa Hentikan Siaran V Live

Kalau minat pun, biarlah tindakan itu berpada-pada ya.

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

经典唱将担任罗大佑演唱会嘉宾!一起唱响梦想

《经典俱乐部》明星唱将担任演唱会特别嘉宾,与罗大佑一起唱响梦想,无悔青春!

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

‘27 Tahun Tak Balik Kampung Halaman Demi Cari Wang’- Perkongsian Tukang Cuci Ini Buat Netizen Sebak

27 tahun tak pernah balik kampung halaman demi mencari wang untuk keluarga, kami salute pakcik Abu Bakar ni. Terbaik!

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Dukun Muncul Sebagai Filem Terbaik Di ASK 2018

Walau ‘diperam’ sejak 2006, ternyata berbaloi juga akhirnya. Tahniah Dukun!

Cahaya Mata Fri, 5 Apr 2024