Elisya Sandha Mampu Berdiri Sendiri

Walaupun pada awal kemunculannya beliau sering dilabel sebagai ‘adik’ Fasha Sandha namun, Elisya kini boleh berbangga kerana lakonannya mula dikenali.

Elisya menyifatkan tempoh 5 tahun dalam industri lakonan adalah waktu untuk beliau belajar selok-belok dunia lakonan sekaligus mengubah persepsi masyarakat yang hanya menganggap diri beliau sebagai seorang adik yang menumpang tuah kakaknya.

Sumber : Instagram@elisyasandhaofficial

” Saya akui tidak mudah membawanama sebagai adik Fasha Sandha, terutamanya apabila ramai mengaitkan populariti kakak sebagai langkah mudah untuk saya mendapatkan tawaran berlakon. Tapi, saya juga seperti pelakon lain yang terpaksa menghadiri sesi uji bakat sebelum diterima menjayakan mana-mana watak dalam drama” Katanya.

Nur Elisya Mohd Faizal, 20, menyifatkan bimbingan dan tunjuk ajar dari kakaknya yang lebih ‘otai’ dalam bidang lakonan ini adalah sesuatu yang sangat berharga.

Antara lakonan Elisya Sandha yang memberi kesan dihati penonton adalah Apabila Terbitnya Fajar, arahan Along Kamaluddin.

Salma Syahbuddin