Featured By: Salma Syahbuddin September 22, 2022 @ 3:58pm

Elisya Sandha Tiada Masalah Tayang Wajah Anak, Syukur Bunga Elhaq Disayangi Ramai

Pelakon Elisya Sandha bersyukur kerana puteri sulungnya, Bunga Elhaq disayangi ramai termasuklah ahli keluarga dan ibu mertuanya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Sheila Rusly.

Elisya, 24, berkata, Bunga kini dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Sheila terutamanya apabila beliau dan suami keluar bekerja.

Bahkan, Sheila sanggup untuk tidak pergi ke set penggambaran semata-mata mahu menjaga cucu kesayangannya itu.

“Bunga dan mama Sheila sangat rapat sampaikan mama tak nak pergi set penggambaran sebab nak jaga Bunga di rumah. Lagipun, Bunga tak banyak meragam apabila saya keluar bekerja.

“Walau bagaimanapun, Bunga sangat mengenali ibunya manakala hubungan Bunga dengan ibu mentua pula seperti cucu dengan nenek,” katanya kepada XTRA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

 

Tiada masalah tayang wajah anak

 

Sementara itu, Elisya memaklumkan dia dan suami tidak mempunyai masalah untuk menunjukkan wajah puteri sulungnya itu kepada umum, kerana percaya ramai orang di luar sana akan mendoakan yang baik-baik buat Bunga.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit, Elisya bagaimanapun berpendapat bahawa, ia terpulang kepada penerimaan individu masing-masing.

“Masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je. Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana yang menghadapi hari sukar tetapi bila tengok gambar-gambar Bungan jadi happy, senang, dan sekurang-kurangnya buat mereka tersenyum.

“Apapun, saya percaya mereka yang melihat Bunga akan mendoakan yang baik-baik,” jelasnya.

 

Walaupun, sudah tiga bulan melahirkan dan melalui proses berpantang, pelakon drama Misteri Nona ini mengakui beliau sudah kembali bekerja dan tidak gemar untuk duduk di rumah sahaja.

Namun, jika terdapat sebarang tawaran yang memerlukannya untuk bekerja di luar kawasan, Elisya terpaksa menolak kerana Bunga masih menyusu badan.

Untuk rekod, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia tiga bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Nov 2022
Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

Jodoh Tak Salah Alamat ‘buah tangan’ terbaru Akim

Telefilem terbaru arahan Raja Mukhriz bertajuk Jodoh Tak Salah Alamat adalah ‘buah tangan’ terbaru Akim yang akan mula bersiaran awal tahun 2018 nanti.

Trending Tue, 17 Apr 2018

一看到书就想睡?用「它」阅读立刻变有趣!

对于习惯滑手机吸收新知的现代人来说,看到实体的书本,可能会稍嫌枯燥乏味,甚至读不到几页就就会有睡意来袭、犯困想睡!若你也深受其扰,可以试试(这个)……

Filem Thu, 28 Mar 2019

CJ WOW SHOP Celebrates 3rd Birthday by Preparing for a Bigger and Better Year

Some fun stuff include triple anniversary rewards with ‘3 Tahun Makin WOW’!

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jadi Pelumba Mengajar Saya Jadi Lebih Penyabar’- Wany Hasrita

Bila tamat sahaja perlumbaan, orang pertama saya akan cari sudah tentu dia. Siapa orangnya?

Featured Thu, 22 Jun 2023

Nikki Palikat Tampil Dengan Lagu ‘Panas’

Nikki Palikat buat comeback guys