Tegas Tidak Bermakna Diva – Ernie Zakri

Penyanyi dan guru vokal ini mengakui dirinya kini semakin yakin menyatakan pendiriannya kerana tidak mahu diperkotak-katikkan lagi. 

Mengakui sebelum ini pernah melakukan kesilapan kerana terlalu mahu menjaga perasaan orang lain dan mengakibatkan nama beliau lambat dikenali masyarakat terutamanya dalam industri walaupun sudah bertapak agak lama dalam bidang ini.

Erni, 26 menyedari tindakannya ini akan mengundang kontroversi,  bagaimanapun beliau tetap menegaskan tindakan yang diambil olehnya ini, tidak bermakna beliau mahu berlagak diva atau besar kepala. Tetapi setiap artis kena ada pendirian sendiri.

Sumber : Instagram @erniezakri

“ Setiap penyanyi perlu berani  berkata tidak dan menolak jika lagu yang diberikan tidak menepati kehendak serta jiwa mereka. Dulu saya ingat bakat saya dipinggirkan kerana walaupun sudah lama bertapak tapi masyarakat masih tidak mengenali.

“ Tapi bila fikir semula, itu berpunca daripada sikap saya yang hanya ikut cakap orang lain dan langsung tidak berani untuk berkata tidak.” katanya.

Malah, beliau juga semakin berani untuk menguruskan perjalanan kerjaya beliau apabila kemenangan pada AJL32 lalu sedikit-sebanyak membuka mata penyanyi ini.

” Setiap penyanyi perlu tahu arah kerjaya seni mereka. bukan mebuta-tuliikut kehendak orang lain. Dulu saya hanya mampu menangis dan berkurung dalam bilik meratapi nasib dan mengambil masa yang agak lama untukb erdepan cabaran dalam industri.” Jelasnya.

Terbaru, Erni Zakri baru sahaja melancarkan single beliau berjudul Ku Bersuara.

Salma Syahbuddin