Erwin Dawson Sudah Bertunang!

Aktor berdarah kacukan Melayu-New Zealand, Mohamed Erwin Shah Evan Dawson atau Erwin Shah, 29, akui sudah ‘bertunang’ dengan kekasihnya, pelakon Julia Farhana Mavin, 23 tahun.

Eh! Biar betul! Bila pula mereka mengikat tali pertunangan sedangkan tiada pun berita  mengenainya dipaparkan?

Tak kan Erwin pun nak mengikut jejak langkah rakan pelakonnya, Cristina Suzanne yang dalam diam terus bernikah?

“Saya ikut tunang dari segi Islam maksudnya saya dah berjanji dengan emaknya  dan ada saksi jadi itu kira dah bertunang lah,” jawab Erwin berkaitan hubungannya dengan Julia yang juga berdarah kacukan Melayu-Itali.

Erwin ditemui pada majlis pelancaran “Balik Kampung bersama Pensonic’ baru-baru ini di mana beliau bertindak sebagai pengacaranya.

Kredit Instagram Julia Farhana Marin.

Menurut Erwin, beliau berpegang kuat kepada janji dan niat yang telah dilafazkan untuk mengahwini Julia cuma belum ada tarikh tetap.

“Saya belum sempat lagi menghadiri kursus kahwin pun kerana terlalu sebuk tetapi perancangan ke arah itu memang ada,” kata Erwin yang berharap jodohnya kesampaian sebelum akhir tahun 2018 ini.

“Saya memang mahu mempercepatkan perkara yang baik cuma banyak proses perlu dilakukan terlebih dahulu,” tambah pelakon kelahiran Singapura ini,

Memang betul lah sebagai seorang warga asing tentulah banyak proses berkaitan permohonan berkahwin dengan ‘tunangan’  berasal Sabah ini perlu dilalui.

Erwin berkenalan dengan Julia  yang mula mencipta nama dalam drama di TV3, ‘Lelaki Itu Pemilik Hati Ku’ melalui seorang kawan sejak Julai tahun lalu.

Semoga hasrat mereka untuk membina mahligai bahagia sebelum akhir tahun ini kesampaian. Kita doakan ya!

 

 

SGMS Fas