Eyka Farhana & Akhyar Rashid Buat Trend Langgar Bahu, Netizen Suruh Cepat Kahwin!

Pelakon jelita Eyka Farhana sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas berkongsi momen manis bersama kekasihnya yang juga seorang pemain bola sepak, Akhyar Rashid.

Menerusi perkongsian di TikTok, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 28, telah memuat naik memorinya bersama Akhyar sepanjang empat tahun bercinta.

Lebih mencuri perhatian, momen indah itu dikongsikan selepas pelakon itu membuat trend langgar bahu yang menjadi ikutan ramai di TikTok.

“1580 days 💗,” tulisnya.

@misseyka.f1580 days 💗

♬ La Lecon Particuliere – Bof La Lecon Particuliere – Francis Lai & Christian Gaubert

Melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat di ruangan komen.

Malah, ada juga yang tidak sabar untuk melihat pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Fatin Nurain