Famili Duo 3: Pernah Bekerjasama Beberapa Kali, Duo Ke-6 Bersedia Dikritik Ajai & Mas Idayu – “Mereka Sangat Hebat”

Pasangan Duo ke-6 program realiti nyanyian Famili Duo mengakui sudah bersedia untuk menerima kritikan daripada dua juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu.

Menurut salah seorang Duo ke-6 itu, dia pernah bekerjsama beberapa kali bersama Ajai dan Mas Idayu serta mempercayai mereka akan mengadili program Famili Duo secara profesional dan serius.

“Saya pernah bekerja dengan mereka beberapa kali. Saya tahu mereka kalau bekerja akan serius. Ini sangat mencabar sebab mereka tahu saya ini jenis macam mana, boleh dibawa bergurau atau dibantai.

“Kami sudah bersedia untuk menerima kritikan setiap minggu. Insya-Allah, tiada masalah sebab kami dah lama dalam industri hiburan. Pujian dan kritikan ini seperti asam garam kami,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Anggap Ryan & Adam Bakery Jadi Cabaran Utama! Siapakah Pasangan Duo Ke-6 Ini?

Artikel Berkaitan: Pasangan Keenam Famili Duo 3 Jadi Tanda Tanya, Netizen Petik Nama Kak Lina Pom Pom & Suami?

Siapakah gerangan duo ke-6 ini? Nantikan kemunculan pasangan duo terakhir ini pada 15 Oktober, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton.

Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Aqilah Paharuzi