Categories: Hiburan

Guru Perlekeh Murid Bawa Bekal Nasi Berlaukkan Ulat Sagu

Baru-baru ini, tular sebuah video seorang guru memalukan muridnya gara-gara membawa bekal makanan berlaukkan ulat sagu ke sekolah.

Memetik laporan Mstar, video tersebut dirakam di sebuah sekolah di Kabupaten Bojonegoro, Jawa Timur.

Menerusi video ringkas yang dimuat naik di laman Instagram @undercover, guru tersebut telah menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial.

“Ulat? Sekarang sudah tahun 2023. Mengapa masih makan ulat?” perlekeh guru berkenaan.

Bagaimanapun, murid itu hanya membalas kata-kata gurunya dengan senyuman.

Sementara itu, rakan-rakan yang lain mentertawakannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap murid tersebut.

“Senyum adiknya tulus, bakal pemimpin Indonesia, semoga terus sukses ya dik!”

“Daripada mengejek, lebih baik cikgu belikan lauk.”

“Kesian adik tu, sampai hati cikgu cakap macam tu.”

“Cikgu macam ni pasti suka buli budak-budak, tak kelakar pun lah.”

Syamir Shafie