Famili Duo: Ajai Komen Macam ‘Mak Cik’, Siti Sairah & Siti Saida Terasa? Ini Penjelasan Empunya Badan…

Pasangan penyanyi adik-beradik, Siti Sairah dan Siti Saida tampil memberi penjelasan mengenai persembahan mereka yang dikritik juri tetap, Ajai di pentas Famili Duo, malam tadi.

Menurut Sairah dan Saida, mereka memberitahu ada sedikit terasa dengan komen juri namun mengambil kritikan tersebut dengan penuh positif.

“Bila bertanding dengan penyanyi muda, kami ambil masa sedikit untuk serasi dengan mereka, akan datang akan kami perbaiki.

“Tapi komen itu membantu sebenarnya, selepas ini kami akan sedar. Jadi kita tukar lah gelaran ‘mak cik’ itu kepada ‘adik-adik’.

“Kami tahu peringkat umur kami adalah mak cik. Terasa lah juga sebenarnya.

“Apa yang di komen oleh juri, kami ambil dengan positif,” kata Sairah dan Saida kepada XTRA.

Persembahan Sairah dan Saida mendapat kritikan daripada juri tetap, Ajai dengan mengatakan persembahan mereka seperti mak cik kerana tidak menonjol dalam membuat persembahan.

Menyampaikan 3 buah lagu medley, Saida juga mengakui mempunyai masalah cepat gugup dan gemuruh apabila kembali beraksi di pentas pertandingan.

“Saya sebenarnya dari dulu lagi badi pentas, bila beraksi di pentas yang besar ni sangat mencabar bagi saya.

“Saya perlahan-lahan buang perkara yang merisaukan saya ketika di pentas.

“Saida juga ada satu masalah iaitu cepat gugup. Bila gementar, ia mempengaruhi saya. Seronok bila berkongsi pentas dengan anak-anak muda, sedikit sebanyak ia juga dapat kurangkan perasaan gementar saya.

“Kami enjoy sahaja, kami tak mahu ada perasaan terlalu yakin sebab kami tahu tahap kami dimana,” jelas mereka seusai konsert pertama Famili Duo Musim Kedua di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari , jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Khairil Khusyairi