Hidung Ryan Bakery Bengkok Jatuh Bilik Air, Dipercayai Mengalami Gerd Anxiety – “Susah Nak Tidur Sebab…”

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mendedahkan hidungnya mengalami kecederaan dan bengkok selepas jatuh pitam di dalam bilik air pada awal tahun ini.

Memetik laporan mStar, Ryan atau nama sebenar Muhammad Ryan Fahmi Bakery memberitahu kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan Gerd anxiety.

Menurutnya, doktor mengesahkan dirinya sihat dan dia percaya simptom yang dialami sama seperti Gerd anxiety yang pernah terjadi pada rakannya.

“Saya pernah jumpa doktor dan disahkan saya tiada apa-apa masalah, so saya dah agak dah benda ni mungkin Gerd anxiety sebab kawan saya ada kena.

“Dia macam gastrik juga lepas tu dia akan bermain dengan kepala seperti sesak nafas dan sakit dada,” katanya.

Tambahnya, masalah itu sering menyerang pada waktu malam sehingga menganggu waktu tidurnya.

“Dia akan ganggu waktu saya tidur. Kadang-kadang saya hanya dapat tidur lepas subuh. Susah nak tidur sebab sesak nafas dan hidung rasa sempit,” ujarnya.

Dia mengakui dirinya tertekan kerana banyak berfikir merupakan salah satu punca masalah tersebut.

“Saya memang banyak fikir. Jujurlah, saya sebagai content creator ni saya fikir macam mana kalau saya tak boleh buat ni, content ni, idea ni. Ni je kerjaya aku. Dia banyak berfikir perkara tu sampai saya stress,” jelasnya.

 

Maya Basir