Categories: HiburanSelebriti

FARAH MENDOZA DIBANTAI 7 LELAKI?

Kalau sebelum ini, Farah Mendoza pernah mencipta kontroversi apabila dikaitkan dengan Fizz Fairuz menerusi perbualan mereka di telefon. Namun, nama Farah sekali lagi menjadi bualan apabila Micheal Ang pula membuat kenyataan berbaur amaran menyifatkan Farah mempunyai bad attitude dalam produksinya berhubung rakaman adegan cium antara Fattah Amin dan Janna Nick yang dikecam teruk oleh netizen.

Kali ini, team tonton-xtra sekali lagi diketuk dengan story yang mengatakan Farah telah dipukul oleh 7 lelaki. Adakah perkara ini betul-betul terjadi atau salah –satu “kontroversi’ dari Farah semata-mata. Yelah, siapa yang tak kenal dengan Farah Mendoza kan?

Beberapa rakan wartawan yang terdengar tempias mengenai cerita ini turut memberitahu yang Farah telah pun membuat laporan polis berkenaan isu ini. Dan,  seorang  daripada suspek telah pun direman.

Laporan polis yang telah dibuat oleh Farah Mendoza

Gambar yang menunjukkan tangan Farah lebam berikutan insiden berkenaan

Siapakah antara gerangan lelaki yang telah  memukul Farah? adakah salah seorang dari mereka merupakan bekas kekasih Farah? Kita tunggu sahaja laporan susulan berkenaan isu ini. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Farah Mendoza!

 

 

Salma Syahbuddin