Categories: HiburanSelebriti

HADIAH KAHWIN RM 1 JUTA?

Siapa yang tidak gembira apabila diberikan hadiah perkahwinan bernilai RM1 Juta kan? Kalau nak tahu, itu adalah hadiah perkahwinan buat Adib Khalid dan pelakon cantik, manis berdarah Pakistan, Izara Aishah. Wow! Seronok lah kan?

bakal pasangan pengantin

Menerusi video berdurasi 41 saat yang tersebar beberapa hari lepas, pasangan ini dilihat sedang meninjau- ninjau kereta model Rolls Royce yang bernilai RM1 juta sebagai hadiah daripada Anas Khalid iaitu abang sulung Adib.

Izara dan Adib bersama kereta Rolls Royce mereka

Kepada netizen atau keyboard warriors yang tidak tahu atau malas nak search macam mana rupa kereta yang mahal tu, team xtra akan belanja sikit gambar untuk korang semua.

Rolls Royce Phantom

Menerusi video tersebut, Adib kelihatan tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada abangnya diatas pemberian yang dianggap cukup surprise itu.

“Macam mana perasaan beli kereta baharu, sebagai hadiah perkahwinan awak?”

Manakala, Izara pula tidak ketinggalan juga meluahkan ucapan terima kasih kepada bakal abang iparnya itu.

Izara dan Adib dikatakan akan menamatkan zaman bujang pada 17 November 2017 disalah sebuah lokasi yang tidak diketahui. Manakala, resepsi pula akan dijalankan disalah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

Salma Syahbuddin