Fatin Afeefa Tuntut Nafkah Anak, Adam Shahz Pula Tak Hadir Ke Mahkamah – “Kenapa Tak Datang? Above The Law Ke?”

Pelakon dan usahawan jelita, Fatin Afeefa mendedahkan kini sedang menjalani perbicaraan mahkamah bagi menuntut nafkah hak anak bersama bekas suami, Adam Shahz iaitu Ivy Herra Sophia.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fatin mempersoalkan tindakan Adam yang dikhabarkan tidak hadir ke perbicaraan mahkamah sebentar tadi.

“Kenapa tak datang? Above the law ke?,” tempelaknya.

Dalam muat naik lain, aktres filem Tentang Bulan ini berkongsi dokumen bertulis ‘tuntutan nafkah anak’ serta terdapat nama penuh Adam iaitu Nor Shah Azli Abdol Ghani.

“Kita tuntut nafkah je,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Fatin dan Adam ‘berlawan’ di mahkamah bagi menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka.

Bagaimanapun, Adam telah menyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada Fatin kerana tidak mahu kes tersebut berlanjutan demi menjaga pembesaran Ivy.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor menetapkan Fatin mendapat hak penjagaan interim sebelum keputusan kes induk mereka diberikan.

Sekadar info, Fatin dan Adam berkahwin pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Spohia. Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian.

Selepas itu, Fatin mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Aliff Awang pada 30 Disember 2022.

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Lembut Hati Beri Hak Jagaan Penuh, Ini Respons Fatin Afeefa – “Saya Pun Lembut Hati Jugak Bagi Kelonggaran”

Artikel Berkaitan: Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Aqilah Paharuzi