Fikry Ibrahim Buat Trend Wes Anderson Di Kedah Raih Pujian – “Ini Baru Betul, Memang Mantap Habis”

Pelakon Fikry Ibrahim tampil mencuri perhatian warganet selepas mempamerkan keindahan negeri Kedah menerusi trend Wes Anderson.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fikry menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Sejak kebelakangan ini, trend Wes Anderson itu telah menjadi ikutan dalam kalangan warganet setiap kali berkunjung ke sesuatu tempat atau sesebuah negeri.

Bukan itu sahaja, trend ini secara tidak langsung mempamerkan keindahan setiap destinasi yang dikunjungi mereka.

“Bila kau berangan berlakon dalam filem Wes Anderson,” tulisnya.

@afikryaibrahim BILA KAU BERANGAN BERLAKON dalam filem Wes Anderson @Muhammad Sanusi Md Nor ♬ original sound – Fikry Ibrahim Feeks

Kagum dengan transisi yang dipamerkan di setiap tempat, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang mengatakan Fikry telah berjaya mengetengahkan konsep simetri menerusi trend tersebut dengan betul dan tepat.

Fatin Nurain