Hiburan By: Padin October 1, 2022 @ 4:59pm

Fit For Action: Amir Mahu Jadi Anak Seni Versatil

Amir Mirza, anak muda yang berumur 24 tahun ini yakin mampu menjadi penyanyi dan pelakon yang hebat dan boleh menjadi seorang yang serba boleh dalam industri hiburan sebagaimana yang telah dibuktikan oleh idolanya Alif Satar.

Amir memulakan karier dalam industri seni di sebuah pertandingan Lagu Cinta Kita Musim Ke-2 dan sudah mempunyai 2 single iaitu Hadir dan Graviti. Walaupun sudah membina nama di dalam industri sebagai penyanyi, Amir ingin mencuba menjadi seorang pelakon kerana berminat dengan bidang lakonan setelah diberi peluang berlakon untuk dua telefilem.

“Sebelum saya menyertai Fit For Action, saya sudah ada pengalaman berlakon dalam dua telefilem. Namun pada ketika itu saya sangat mentah dalam lakonan dan tidak mengetahui apa-apa tentang lakonan. Suatu perkara yang membuat saya ingin mencuba lakonan ialah ketika saya berlakon, saya dapat merasai menjadi seseorang yang lain dan bukan diri sendiri.

“Saya memang nak tapau nyanyian dan berlakon sekali, tapi untuk waktu sekarang saya ingin memberi fokus sepenuhnya kepada lakonan sebab nyanyian boleh dikatakan benda biasa dan semakin ramai penyanyi baharu dalam industri. Berlakon adalah sesuatu yang baru buat saya, jadi saya ingin mendalami industri lakonan,” katanya.

Tambah Amir lagi, dia amat meminati Alif Satar dan menjadikan Alif sebagai idolanya.

“Saya menjadikan Alif Satar sebagai idola saya kerana saya menyukai karakter dan cara pembawaan beliau dalam industri. Buat masa sekarang, saya rasa saya belum setanding dia, Alif Satar adalah seorang all rounder kerana beliau boleh menyanyi, berlakon dan mengacara. Saya ingin mengikut jejak langkah beliau.

“Saya minat untuk berlakon watak aksi seperti polis, tentera atau penjahat kerana saya sendiri mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri. Saya telah menceburi seni mempertahankan diri capoeira sejak seawal usia 12 tahun.

“Walaupun begitu, jika diberi watak yang lembut, saya akan menerima dan mendalami watak itu sebaik mungkin kerana saya ingin menjadi seorang pelakon yang versatil,” ujar Amir.

Adakah Amir berjaya melayakkan diri sebagai salah seorang finalis Fit For Action? Saksikan perjalanan Amir dalam Fit For Action pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Fit For Action ialah program pertandingan realiti baharu TV3 yang berkonsepkan cabar lakon-layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip.

Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 May 2018

Kenapa Sajat Marah?

Bagi Sajat, beliau kurang selesa kerana solekan dan baju yang dikenakan tidak sesuai. Dan, disebabkan hal tersebut beliau malas mahu meneruskan penggambaran seperti yang dijanjikan

Featured Fri, 10 Jun 2022
Trending Fri, 31 Aug 2018

12星座在《延禧攻略》能活到第几集?

电视剧《延禧攻略》虽然大结局不过堪称宫斗经典,领盒饭匆匆下线的妃子也不在少数,那么12星座在其中又能活到第几集呢?

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Scooter Braun Backs Kris Wu Up Against Fake Chart Numbers Controversy

Angry fans of other stars even wanted this ‘case’ to be properly investigated!

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Bekas Isteri Kedua Pelakon Adi Putra Buat Laporan Polis

Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly, 34, membuat dua laporan di Balai Polis Nilai dengan mendakwa Adi telah memalsukan sijil pernikahan mereka.  Bagaimanapun, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36,

Trending Thu, 17 Oct 2019

‘Wanita Bukan Saingan Tapi Pelengkap’- Haniza Talha

Penglibatan wanita tidak boleh dilihat sebagai saingan sebaliknya mereka lengkap melengkapi antara golongan lelaki.

Trending Fri, 28 Aug 2020

| Live TV