Categories: HiburanSelebriti

Fizz Fairuz Di Kecam Kerana Gelaran Datuk

Kenapa mesti ada yang kecam dan suka pertikaikan tentang kejayaan seseorang. Sepatutnya mengucapkan tahniah dan bukan mengecam . Terbaru yang terkena kecaman adalah Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia tetapi masih terus kekal positif.

“Mungkin ramai tidak tahu saya adalah anak jati Raub dan pada masa sama saya juga banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya negeri ini. Selain itu, saya juga menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang dan diharapkan mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,” jelas Fizz.


Almy pula baginya dia dan suami tidak akan mempedulikan kecaman di laman sosial dan hanya fokus untuk menjadi yang lebih baik selain menjelaskan bahawa hanya individu terdekat mengetahui apa yang telah dilakukan oleh suaminya.

“Tidak dinafikan netizen sekarang memang lantang dan gemar mengecam sesuka hati tanpa mengambil kira hati dan perasaan seseorang. Namun, saya dan suami memilih untuk tidak ambil pusing dengan setiap kecaman kerana ini rezeki yang datang daripada Allah”

SGMS Enal