Categories: HiburanSelebriti

Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose

pelakon ini sentiasa menjadi perhatian. Mana taknya, orang cantik mestilah ramai peminat. Sebelum ini, hubungan cintanya bersama pengacara Qi Razali terputus ditengah jalan.

Selepas itu, tidak kedengaran lagi kisah cinta pelakon Nelydia Senrose. Lebih mesra disapa dengan nama panggilan Nelly, tentang jodoh dia hanya berserah pada takdir.

Nely tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan umur untuk berkahwin. Ini kerana Nely percaya berkahwin dan jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Nely berserah kepada takdir dan dalam masa yang sama Nely tidak pernah sesekali menutup hati untuk mana-mana lelaki yang mengetuk pintu hati Nely. Bila sudah sampai masanya, insya-Allah ia akan berlaku.

Tambahnya lagi, dia tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun dia akan lebih berhati-hati.

SGMS Enal