Categories: FeaturedTrending

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Berikut kenyataan media rasmi yang dikirim pihak Yuna pada petang Jumaat;

” Kami dengan rendah diri ingin mengumumkan Majlis Pernikahan antara Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair dan Yunalis Bt. Dato’ Mat Zara’ai pada 26hb January 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang. Yuna yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan sekali lafaz.

Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang. Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.

Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States. Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.”

Wedding photo by : weddingsbyqay
Decoration by : the_calla
Dress by : hattadolmat_

 

 

 

Ad Ops