[FOTO] Ramai Artis Buka ‘Aib’ Dalam Cabaran #UntilTomorrow, Mana Satu Paling Win?

 

Macam-macam gaya ada!

Cabaran #UntilTomorrow nampaknya semakin menjadi bualan ramai dan juga trending di laman media sosial baru-baru ini. Kalau ada yang masih belum tahu, cabaran #UntilTomorrow merupakan cabaran memuat naik foto atau pun video yang dirasakan pelik mengenai mereka di Instagram.

Cabaran yang bermula ketika cuti sempena Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini memerlukan mana-mana pengguna akaun menekan tanda suka atau like pada foto orang lain yang tertera tanda pagar #UntilTomorrow. Mereka juga perlu perlu memuat naik perkara yang sama dan boleh memadam semula gambar atau video tersebut selepas 24 jam. 

Nampaknya, ramai artis tanah air yang telah menyahut cabaran ini tau! Jom kita tengok!

 

Achey

“Pernah lawan kompang ke?” Ternyata ramai terhibur  di ruangan komen dengan foto lama Achey yang sedang memegang kompang.

Sumber: Instagram Achey

 

Ernie Zakrie

Dah macam “Buzzlightyear”, Ernie pun tak kurang hebatnya apabila memuat naik foto lama yang seakan memakai pakaian seperti angkasawan!

Sumber: Instagram Ernie

 

Neelofa

Dalam banyak-banyak foto, rasanya foto yang dimuat naik Neelofa memang another level kan!

Sumber: Instagram Neelofa

 

Sherry Al-Hadad

“Adik, mak mana?” Nampaknya memang tak berubah muka Sherry masa kecil dahulu sampai sekarang.

Sumber: Instagram Sherry

 

Elfira Loy

Awet muda je bila tengok Elfira mengenakan tudung sekolah.

Sumber: Instagram Elfira Loy

 

Ayda Jebat

Penyanyi kecil molek yang popular menerusi lagu Temberang ini memuat naik gambar throwback semasa tahun 2014, comel kan?

Sumber: Instagram Ayda Jebat

 

Sharifah Shahirah

Bukan biasa-biasa! Foto perkahwinan pelakon Sharifah Shahirah dan suami memang rare!

Sumber: Instagram Syarifah Shahirah

 

Macam-macam gaya apabila lihat semula foto-foto mereka. Siapa-siapa yang tengah bosan duduk rumah tu bolehlah cuba cabaran ini okay!

So, antara rakan artis yang tersenarai ni, menurut korang mana satu paling win?

Syafiqa Irdina