Categories: FeaturedOh Lawa

Cakenis Cruise Collection, pakaian renang dengan rekaan glamor buat Muslimah

Kalau sudah namanya perempuan, gaya tetap dibawa kemana-mana. Waima hanya mahu ke kolam renang ataupun sekadar menghirup suasana nyaman di tepian pantai, stail mesti A!

Walaupun tidak semua tetapi kebanyakan wanita begitulah ragam mereka. Cantik dan sentiasa menarik dipandang, kerana wanita sememangnya makhluk Tuhan yang sukakan pujian serta perhatian.

Menyedari kebanyakan jenama pakaian renang Muslimah menampilkan rekaan yang agak membosankan, selebriti yang juga bekas blogger terkenal, Hanis Zalikha,  melancarkan koleksi eksklusif pakaian renang di bawah label Cakenis Cruise Collection (Cakenis).

Foto: Hanis bersama suami, Hairul Azreen dan anak mereka, Yusuf Iskandar

Terkenal dengan membawakan sesuatu yang unik, bergaya dan terkini kepada jenamanya, isteri kepada pelakon berbakat, Hairul Azreen ini, memilih pakaian renang sebagai koleksi pertama Cakenis, kerana dia sendiri cenderung memilih percutian pantai.

 

“Bila bercuti ke pantai biasanya kita nak pakai pakaian renang lengkap satu set. Tapi kebanyakan pakaian renang yang ada di pasaran lebih kepada sporty di tambah pula dengan warna-warna yang terang.

“Jadi saya tampilkan pakaian renang yang tampak cantik dan selesa. Kalau ikutkan niat untuk keluarkan pakaian renang ini sudah lama sebab memang susah nak dapat pakaian renang yang memenuhi cita rasa dan kriteria yang saya suka. Disitulah datangnya ilham untuk memperkenalkan pakaian renang bagi 2020,” kata wanita bertubuh lampai itu.

Edisi sulung di bawah label ini dikenali sebagai The Cakenis Swimwear S/S 2020 yang menampilkan tiga tona warna iaitu navy & beige, olive & pink dan black & white, yang sangat glamor untuk merakamkan momen outfit of the day atau #ootd.

Menurut Hanis Zalikha Cakenis Swimwear ini direka dan dihasilkan oleh dirinya sendiri menggunakan fabrik berkualiti tinggi, ringan dan cepat kering.

Apa yang membezakan pakai renang Cakenis dengan jenama yang lain, bukan hanya rekaan yang cantik dan menarik, tetapi setiap koleksi didatangkan dengan Flowy Chiffon Wrap sebagai pakaian luar yang boleh digayakan bersama atau secara berasingan untuk penampilan yang lebih kasual.

Foto: Cakenis

Cakenis Cruise Collection dilancarkan beberapa bulan lalu di Four Points by Sheraton Chinatown, Kuala Lumpur dengan dihadiri ramai selebriti terkenal tanah air seperti Izara Aishah, Fouziah Gous, Elfira Loy dan Erin Malek, manakala Ratu Universe Malaysia 2011, Deborah Henry selaku pengacara.

Deborah Henry bersama kumpulan perenang berirama yang melakukan gimik pelancaran Cakenis Cruise Collection.

 

Yanie Baharom