Gagal Pertahankan Hubungan, Hasrat Nafiez Zaidi Berkahwin Dengan Fify Azmi Tidak Kesampaian – “Dia Berkeras Untuk Bawa Haluan Masing-Masing…”

“Dia berkeras untuk bawa haluan masing-masing”

Demikian respons pelakon, Nafiez Zaidi, 31, yang mengakui kecewa apabila hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, aktres Fify Azmi, 33 tidak kesampaian. 

Meskipun telah menetapkan tarikh untuk berkahwin pada Disember tahun lalu, Nafiez bagaimanapun akur atas keputusan Fify yang berkeras ingin berpisah. 

“Secara jujurnya, saya dan Fify hanyalah sekadar kawan sahaja.. kami sudah tiada apa-apa hubungan. 

“Keluarga saya telah merisiknya dan kami memang ada perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember tahun lalu. 

“Kami dah ada tarikh untuk berkahwin, tetapi dia minta untuk menangguhkan perkahwinan tersebut, ketika itu saya berada di Turkey untuk menjalankan penggambaran filem Malbatt.  

“Mungkin tiada jodoh, saya dan dia (Fify) berpisah pada hari Raya Aidilfitri keenam,” katanya. 

Sementara itu, Nafiez mengakui gagal untuk mempertahankan hubungan cinta mereka serta menjelaskan punca utama pasangan ini terlerai bukan kerana penampilan bekas kekasihnya yang seksi dan tidak melibatkan pihak ketiga. 

“Saya dah cuba untuk mempertahankan hubungan, tapi dia (Fify) berkeras untuk membuat haluan masing-masing. Untuk kebiakan bersama, saya akur dengan keputusannya untuk berpisah. 

“Kami sudah tidak sehaluan, lebih-lebih lagi apabila masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Lama-lama hubungan kami jadi renggang,” katanya ketika ditemui di Majlis Sidang Media dan Tayangan Filem Malbatt, semalam. 

Artikel Berkaitan: Nafiez Zaidi Tak Tumpang Populariti Fify Azmi – “Saya Ikhlas Jalinkan Hubungan Ini”

Artikel Berkaitan: Serius Jalin Cinta, Nafiez Zaidi Hantar Rombongan Merisik Fify Azmi… Bakal Nikah Hujung Tahun

Aqilah Paharuzi