Gandingan Mantap Neelofa Dan Tommy Hilfiger

Seperti yang sedia maklum, beberapa artis Malaysia telah menjadi jemputan pereka-pereka fesyen antarabangsa bagi menonton persembahan peragaan mereka di New York Fashion Week. Baru-baru ini pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa meluahkan rasa terujanya apabila telah bertemu empat mata dengan pereka fesyen kegemarannya, Tommy Hilfiger semasa sesi ‘fitting’ bagi jenama itu di New York. 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/celeb-buzz/posts/selebriti-dan-ikon-fesyen-malaysia-tetamu-nyfw

 

Bertemu dengan salah seorang pereka fesyen kegemarannya, Tommy Hilfiger di New York baru-baru ini. – foto dari IG @neelofa

You look great” ungkap pereka fesyen terkenal Amerika Syarikat itu apabila diperkenalkan kepada Neelofa. 

 

“Ketika sesi ‘fitting’ berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba.  Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama. 

 

Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu saya ketika process ‘fitting’. Mereka juga sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” kata Neelofa lagi. Proses ‘fitting’ ini telah dikongsi oleh Neelofa di dalam laman instagramnya.

 

 

Hijab stail Neelofa oleh label Tommy Hilfiger

Sesi ‘fitting’ Neelofa bagi jenama antarabangsa Tommy Hilfiger di New York

 

“Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual. Jadi saya boleh melihat diri saya ini menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” kata Neelofa yang begitu menggemari kebanyakan busana-busana yang ada dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger terutama sekali  gaya baju panas yang diperagakan.

 

Tidak hairanlah mengapa pelakon ini memilih fesyen baju panas sebagai kegemarannya kerana beliau sendiri telah berkolaborasi dengan Coolulu, sebuah syarikat di United Kingdom dan menghasilkan koleksi baju panas di bawah Lofa Brand. Namun, sama ada fesyen yang kasual mahu pun formal, Noor Neelofa sentiasa kelihatan bergaya dan stylish dan menjadi rujukan hijabista. Lihat sajalah foto ‘ootd’nya jika bercuti ke luar negara!

 

Jika tidak mempunyai penggambaran atau pertunjukan fesyen, fesyen baju panas adalah pilihan utama Neelofa. – foto dari IG @neelofa

 

Del14