Featured By: Atiqah Johari January 10, 2023 @ 7:32pm

Gara-Gara Mabuk & Berkelakuan Lucah, Pelakon Wanita Didenda RM20

Seorang pelakon wanita dan bekas model dikenakan denda sebanyak RM20 oleh Mahkamah Majistret gara-gara mabuk dan membuat kacau di sebuah restoran pada 5 Januari lalu, hari ini.

Memetik laporan BH Online, majistret Stephanie Sherron Abbie telah menjatuhkan hukuman ke atas Persana Avril Sollunda, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Bukan itu sahaja, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda, namun tertuduh berjaya membayarnya.

Tertuduh dikatakan melakukan kesalahan di sebuah restoring di Damai Plaza Luyang, Sabah kira-kira jam 11 malam pada 5 Januari lalu mengikut Seksyen 510 Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan penjara hingga 10 hari atau didenda tidak melebihi RM20 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mabuk, gagal mengawal diri, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu pelanggan lain.

Lagi, pihak polis yang tiba di tempat kejadian segera menahan tertuduh yang mana ketika itu tertuduh dipegang oleh beberapa pekerja restoran bagi mengelakkan tertuduh membuat kacau di restoran tersebut.

Susulan itu, tertuduh direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan hasil semakan lanjut tertuduh didapati mempunyai rekod lampau dengan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambah, nama tertuduh turut tersenarai sebagai orang yang dikehendaki di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 yang dilakukan pada 2016.

Terdahulu, tertuduh pernah tular di media sosial pada 23 April 2015 kerana bertindak melakukan perbuatan lucah di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan atas kesalahan tersebut, Majistret Nur Aminahtul Mardhiah mengenakan Bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000 bagi tertuduh.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Trending Mon, 15 Feb 2021

Armada BERSATU Puji Usaha Pemerkasaan TV Pendidikan

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan kewujudan saluran […]

Trending Thu, 12 Nov 2020
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Nora Danish Nak Anak Lagi?

Sama-samalah kita doakan semoga impian Nora menjadi kenyataan

Filem Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Perkembangan terkini kes pembunuhan Along Spoon sekitar tahun 1999