#tilljannah By: Fatin Nurain March 28, 2023 @ 3:00pm

Gelagat Syamel ‘Cover Line’ Lupa Anniversary Buat Ramai Terhibur – “Seram Weh, Bayangkan Pun Dah Takut”

Genap dua tahun mendirikan rumah tangga, gelagat pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri di TikTok sering meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Terbaharu, tular sebuah video di platform tersebut di mana kedua-dua pasangan itu terlupa untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka kerana sibuk berniaga sambil membuat live.

Dalam perkongsian tersebut, Syamel telah diingatkan oleh adik-adiknya bahawa hari tersebut merupakan ulang tahun perkahwinan mereka.

Enggan dirinya dimarahi, Syamel terus berpura-pura seperti dirinya teringat bahawa tarikh itu merupakan hari yang bermakna buatnya dan Ernie.

“Awak ingat tak hari ni tarikh dia apa? Awak mesti lupa. Awak mesti lupa hari ni Anniversary. Kita sibuk menjual, kita sampai lupa hari ni anniversary kita,” katanya.

Ernie yang turut terlupa bahawa hari itu merupakan ulang tahun perkahwinan mereka, terus memeluk Syamel dengan erat.

“Ayanggg hari ni anniversary kita dua. Bukan, Khawla kan demam. Kita lupa. Happy two years ayang!,” kata Ernie.

Sementara itu, Syamel sempat meluahkan rasa leganya apabila menyedari isterinya juga lupa akan tarikh penting itu.

“Oh my god, hari ni 26 hari bulan tiga kitorang punya anniversary. Esok kita kena celebrate ni. Nasib baik dua-dua lupa kan? Kalau awak je yang ingat, saya lupa macam mana agaknya weh.

“Weh seram weh, bayangkan pun dah takut weh. Nasib baik dua-dua lupa,” jelasnya.

@secretlover.ez Happy Anniversary to my fav couple!❤ Supportive sisters!!😂😭#fypシ #erniezakri #syamel #syamelernie #inspirasiramadan #anniversary ♬ original sound – Ernie Grande Bruno Mel👀

Melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai komen yang mencuit hati dalam kalangan peminat mereka.

Terdahulu, Syamel dan Ernie telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Mana Ada Jual Telekung, Kosmetik Ada Lah!

Sudah tentu saya terkejut. Apa yang lebih memeranjatkan, semua yang DM berasal dari Indonesia. Ada yang merayu kepada saya untuk memulangkan duit mereka.

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

‘Maaf…It’s TOO MUCH Untuk Marketing’, Fazley Yaakob Tegur Jutawan Kosmetik

Jutawan kosmetik itu perlu cara bijak untuk mempromosikan produknya bukan dengan cara melulu.

Featured Sun, 21 Aug 2022
Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Events Thu, 8 Nov 2018

SAH! Frozen 2 Ditayang 22 November 2019

Menurut Comicbook, mengikut rancangan awal, Frozen 2 sepatutnya ditayang pada 29 November namun diawalkan tujuh hari.

Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

ZARINA ANJOULIE ‘SOUND’ DIRA ABU ZAHAR

“So dira is this what u do pergi turun padang aib kan another female thats digusting n a digrace to puteri umno punya society.  “Maybe Fathia did say something but tak payah lah nk aibkan […]