Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 13, 2020 @ 4:58am

Vokal Mania: “Sebelum Ni Semua Program Saya Cuba, Satu Pun Tak Dapat” – Eranzz Terharu Dapat Tembus Semi Final

Rookie Vokal Mania, Eranzz Lambert atau nama sebenarnya, Shah Iran Shahidan, 33, terharu kerana diberikan peluang untuk beraksi di pentas separuh akhir program terbabit.

Melangkah ke semi final bersama tujuh rookie yang lain, Eranzz menganggap ruang yang diberikan sebagai satu peluang keemasan sepanjang percubaannya menempatkan diri dalam bidang seni.

“Sejujurnya, saya memang minat menyanyi. Sebelum ini, semenjak saya remaja, memang semua pertandingan atau program realiti saya pernah cuba sertai, tetapi satu pun tidak dapat.

“Mungkin saya masih muda dan nasib belum menyebelahi saya. Namun begitu, sinar untuk saya terlibat dalam bidang ini secara serius mula menyala tahun lalu semenjak terpilih untuk menyertai pertandingan realiti nyanyian anjuran stesen televisyen Indosiar, Golden Memories Asia (GOMES).

“Alhamdulillah, saya mendapat tempat ketiga dan tahun ini pula, rezeki saya di Vokal Mania. Syukur kerana saya berjaya menempatkan diri di pentas separuh akhir dan saya sudah memberikan persembahan sepenuh hati. Selebihnya, saya serahkan kepada Allah,” katanya kepada Xtra.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: “Saya Tak Takut Dengan Mereka” – Eranzz Mahu Beri Cabaran Kepada Idol!

Menyanyikan lagu nyanyian asal Aerosmith, I Don’t Want To Miss A Thing di malam semi final, persembahan Eranzz mendapat pujian dari juri tetap, Misha Omar dan Yusry Abdul Halim.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira apabila penyanyi senior berpengalaman seperti Misha dan Yusry memberikan pujian terhadap persembahan saya. Saya juga terharu apabila salah seorang idol Vokal Mania, Aina Abdul turut bangun memberikan standing ovation.

“Perkara itu sangat besar maknanya untuk penyanyi baru seperti saya. Apa yang penting, saya enggan lemas dalam pujian mereka kerana banyak lagi perkara yang perlu saya belajar untuk menempatkan diri dalam industry nyanyian.

“Bagi saya, segala maklum balas yang saya raih setiap kali persembahan seharusnya menjadi satu anjakan untuk saya memberikan persembahan terbaik di masa akan datang. Saya harap rezeki berpihak kepada saya dan dapat beraksi di pentas akhir kelak,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Afieq, Danial & Eranzz Antara 8 Rookie Berjaya Mara, Jom Recap Minggu Semi Final!

Selain Eranzz, tujuh lagi rookie yang bersaing di semi final ialah Afieq Shazwan, Danial Chuer, Alif Kadim, Yuveena, Aisha Retno, Daus Husny dan Aedy Kama.

Empat orang rookie dengan peratusan markah tertinggi berdasarkan 70 peratus daripada penilaian juri tetap dan 30 peratus daripada undian peminat bakal bertarung dengan idol di peringkat akhir Vokal Mania.

Pada episod akhir Vokal Mania, seorang idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan seorang rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, satu rakaman lagu dan sebuah muzik video.

Keputusan empat rookie yang bakal layak ke peringkat akhir bakal diumumkan pada minggu hadapan dan undian untuk rookie di www.xtra.com.my/vokalmania masih lagi berlangsung sehingga Isnin, 14 Disember 2020 jam 11:59 malam.

Untuk semua penyokong Vokal Mania, jangan lupa undi rookie kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Oct 2020

Pasangan Suami Isteri Yang Terpisah Akibat PKPB Dibenarkan Merentas Negeri

Buat pasangan suami isteri yang terpisah tu, kena patuh SOP juga okay!

Hiburan Fri, 22 May 2026

“Mereka Tahu Saya Tak Boleh Dibeli” – Sarimah Ibrahim Tolak Terima ‘Hadiah’

Sarimah mengakui pernah berdepan dengan individu yang cuba menawarkan ‘rasuah’ demi kepentingan tertentu

Trending Fri, 15 Apr 2022
Trending Tue, 13 May 2025

RPM Group Dilancar, Rockology Concert 2025 Satukan Awie & Kid Din Hangatkan Pentas

Antara pengumuman terbesar sempena pelancaran RPM Group adalah penganjuran Rockology Concert Tour 2025.

Featured Tue, 8 Nov 2022

“Slow Sikit” – Ratu Farah Nyanyi Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri, Ini Respons Syamel

Pempengaruh Tik Tok, Ratu Farah kembali mencuri perhatian netizen kerana menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri disamping penyanyi Syamel. Ratu dengan yakin menyanyikan lagu itu seolah-olah cuba menandingi kelunakan suara Ernie Zakri tanpa menghiraukan […]

Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Mon, 20 Jul 2020

Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

Dalam sidang media yang berkangsung hari ini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka sedang pertimbangkan tentang kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Perkara ini khas disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan […]

Hiburan Tue, 24 May 2022

Beberapa Kali Tertangguh, Puteri Gunung Ledang The Musical Dibatalkan

Setelah beberapa kali ditangguhkan, teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical terpaksa dibatalkan. Pengumuman rasmi itu diumumkan oleh syarikat penerbitan teater muzikal tersebut, Enfiniti (M) Sdn Bhd menerusi hantaran terkini di laman Instagram mereka. “Kepada […]

error: Content is protected !!