Gelagat Yusuf Iskandar Teman Alisa Aisyah Bersolek Buat Netizen Cair – “He’s Gonna Be A Good Brother”

Gelagat anak pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sering mencuri perhatian pengikutnya di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Hanis telah memuat naik video Yusuf menemani adiknya, Alisa yang sedang bersolek di sebuah majlis.

“My turn my turn,” tulis Hanis.

@haniszalikhaMy turn my turn♬ C.H.R.I.S.Y.E. (Speed Up Version) – 💐 – dyandra

Umum tahu, cara pasangan selebriti ini mendidik anak-anak mereka sering dikagumi warganet lebih-lebih lagi yang sudah bergelar ibu bapa.

Terbaharu, perkongsian tersebut memperlihatkan sikap penyayang dan ambil berat Yusuf terhadap adiknya dalam apa sahaja yang dilakukannya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya cair dan tertarik dengan kelakuan anak lelaki Hanis dan Hairul itu yang dianggap sebagai abang yang baik dan menyenangkan hati kedua ibu bapanya.

Malah, ada juga yang menyatakan wajah Yusuf persis Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sekali tengok gaya macam Tengku Hasanal.

“Lama lama tengok Yusuf ni macam Tengku Hasannal ya.

“Awww Yusuf have Tengku Hassanal vibes,” komen warganet.

Fatin Nurain