Netizen Tuduh Jual Kuih Keria Rentung, Ini Jawapan Balas Lana Nodin

Pelakon Lana Nodin mengikuti sebuah festival di Wisma Geylang Serai di Singapura, baru-baru ini.

Di festival tersebut, Lana dilihat menjual pelbagai jenis manisan dan salah satunya ialah kuih Keria Gula Melaka.

“Jom singgah booth saya, makan bombolana ada 16 perisa dan rasa jagung shake sambil pekena keria gula melaka kami. Esok last 2 days di @wgeylangserai booth F13, Singapore,” tulisnya.

Meninjau diruangan komen, terdapat pengikut yang mengatakan kuih keria yang dijualnya kelihatan rentung.

“Maaf Kak Lana, kenapa kuih keria tu macam dah rentung je?,” tanya pengikutnya.

Kemudian, Lana menjawab komen tersebut memang warna kuih keria begitu rupanya apabila disira dengan gula.

“Ish awak ni, itu gula melaka warna memang macam tu.

“Tak ada orang nak jual rentung, dah gula melaka bila dia caramelised memang colour macam tu. Nama pun gula,” jawabnya.

Hal tersebut turut mendapat perhatian pengikut lain dan menyatakan memang warna kuih keria seperti itu.

Susulan penjelasan daripada Lana dan pengikut lain, pengikut yang bertanyakan soalan itu memohon maaf.

Maya Basir