“Saya Rasa Benda Tu Cute” – Lakon Babak Bersentuhan, Sharifah Rose Tak Mahu Penonton Bosan

Pelakon Sharifah Rose menerima kecaman netizen apabila melakukan aksi bersentuhan dengan pelakon Nabil Aqil yang dianggap kurang sopan untuk wanita yang berhijab.

Menerusi laporan mStar, Rose atau nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, menyatakan babak tersebut dilakukan atas persetujuan bersama.

“Setiap aksi yang dibuat adalah atas persetujuan semua pihak dan benda yang kecil-kecil (bersentuhan) tu kita okay jelah,” katanya.

Menurut Rose, babak tersebut dilakukan untuk mencipta momen manis antara suami isteri dan untuk tidak terlihat bosan dimata penonton.

“Untuk babak cabut uban tu, saya rasa benda tu cute, bonding time suami isteri.

“Takkan lah the whole time nak duduk sebelah-sebelah, jadi bosanlah tu yang wujudnya scene sweet-sweet,” ujarnya.

Tambahnya, dia tidak dapat untuk lari dari kecaman netizen dan hanya mahu fokus dengan hasil kerjanya sahaja.

Selain Sharifah Rose dan Nabil Aqil, drama Ku Punya Hati yang bersiaran di slot Akasia, TV3 dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Azri Iskandar, Zila Bakarin, Ezzrin Loy dan ramai lagi.

Sumber: mStar

Maya Basir