Categories: HiburanSelebriti

Giliran Aisyah Aziz Pula Nyanyi Lagu Hael Husaini…

Penyanyi asal Singapura, Aisyah Aziz terus mengorak langkah dalam dunia nyanyian dengan single terbarunya berjudul ‘Bila Entah’. Berbekalkan pakej lengkap, penyanyi yang memiliki keunikan suara dan bakat serba boleh ini berpeluang menyanyikan karya ciptaan komposer terkenal masa kini, Hael Husaini dan Ezra Kong.

Bila Entah mengisahkan seorang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya namun wanita itu masih meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Walau bagaimanapun, wanita tersebut mempunyai sedikit gangguan mental dan sanggup lakukan apa sahaja demi mendapat kebahagian daripada lelaki itu. Tapi sayang lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa khabar berita.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, Aisyah memiliki suara unik dan dengan bakatnya itu akan ada kelainan pada singlenya kali ini.

“ Bukan itu sahaja, genre muzik yang akan di bawanya itu juga berlainan dari kebiasaan lebih lagi ianya mendapat sentuhan dari penyanyi dan komposer yang sedang meningkat naik iaitu Hael Husaini dengan hasil kerjasama Ezra Kong. Diharapkan agar semua dapat menerima lagu terbaru Aisyah Aziz ini.” katanya.

Lagu ‘Bila Entah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

SGMS Faida