Featured By: Salma Syahbuddin January 10, 2024 @ 3:08pm

Guna Perkataan ‘Celaka’ Dalam Lagu Diam, Hael Husaini Mahu Lebih Dekat Dengan Pendengar – “Saya Minta Maaf Kalau Ia Agak Kasar”

Penyanyi popular, Hael Husaini tampil menjelaskan maksud sebenar penggunaan perkataan ‘celaka’ yang terdapat dalam lagu baharunya berjudul, Diam.

Katanya ketika ditemui XTRA, sebelum menggunakan perkataan itu, dia telahpun membuat kajian mengenai pemilihan perkataan tersebut.

Malah, dari sudut justifikasi pemilihan perkataan, ‘celaka’ bukanlah menggambarkan perkara yang bersifat tidak baik.

“Kalau nak diikutkan, perkataan celaka disalah gunakan dalam kehidupan seharian kita. Celaka itu membawa maksud malang dan sebab itu dalam berita, kita guna kecelakaan untuk menggambar sesuatu tragedi.

“Saya selalu kaji terlebih dahulu sebelum buat sesuatu terutama untuk menjaga sensitiviti. Saya sudah lama dalam bidang penulisan lagu, jadi saya tahu batas.

“Saya minta maaf kalau perkataan itu kasar. Kalau boleh kita fikir penggunaannya daripada konteks berbeza dan positif. Kita kena ubah mentaliti itu dengan menggunakan konteks yang betul sebab ia bukan perkataan kesat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

 

Ketika ditanya sama ada pemilihan lagu Diam yang tedapat dalam album ANTONIM Part 1 diinspirasikan dari lagu Mahalini berjudul Sial, Hael bagaimanapun menepis dakwaan tersebut.

“Tidak, lagu ini sebenarnya tidak diinspirasikan daripada lagu Sial nyanyian Mahalini.

“Kali ini, saya ikut peredaran zaman dan menggunakan bahasa yang lebih dekat dengan pendengar bagi memudahkan mesej yang hendak disampaikan.

“Lagipun, perkataan celaka ini saya ingin gunakan dalam lagu-lagu saya sebelum ini,” jelasnya.

Hael atau nama penuhnya Hal Husaini Razmi, 36, berkongsi menegnai perkara itu pad amajlis pelancaran album perdananya yang berjudul Antonim Part 1, yang diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur.

Sekadar info, album ANTONIM Part 1 ini turut memuatkan sebanyak 6 buah lagu nukilan barisan komposer ternama seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Hanis Rafi dan Hael Husaini sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Wak Doyok Biar Ibu Carikan Calon?

Senang ye? Tak payah pening-pening!

Trending Wed, 15 Jul 2020

Dr Noor Hisham Minta Rakyat Malaysia Lakukan Perkara Ini…

Jangan Malas! Jangan Alpa! Patuhi SOP okay…

Trending Fri, 17 Dec 2021

Rugi Ratusan Ribu, Fizie Tak Menyerah Kalah

Pengacara Didik TV, Fizie, 33, mendedahkan dirinya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila dua perniagaan yang dijalankan terpaksa dihentikan akibat pandemik. Biarpun pahit untuk menerima kenyataan, bekas penyampai radio Hot FM ini terpaksa membuat keputusan […]