Hadiah Untuk Seorang Biduan…

Siapa yang tidak ingat dengan penyanyi popular era 70 an, Datuk Dahlan Zainudin. Beliau antara penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan yang cukup popular ketika itu. Malah lagu tersebut masih menjadi siulan ramai sehingga sekarang.

Namun sejak 2016, kesihatan penyanyi ini dilaporkan tidak menentu apabila diserang angin ahmar dan beberapa penyakit lain.

Isteri beliau iaitu Datin Effa Rizan mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih dengan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave, yang membantu dia dan suami memiliki rumah  Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Aman, Kepomg

“ Bantuan yang diberikan itu amat melegakan kami sekeluarga kerana perpindahan tersebut dapat mengurangkan banyak kos perbelanjaan sewa yang cukup tinggi untuk kediaman sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian. 

Sebelum ini, mereka sekeluarga menyewa sebuah kediaman di Bukit Indah, Ampang lebih 20 tahun.

Tambah Effa, kesihatan suaminya yang tidak menentu memerlukan mereka sekeluarga berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.

“Apa yang paling penting sekarang adalah untuk rawatan suami dan penjimatan wang yang dilakukan boleh digunakan untuk menanggung kos perubatannya,” akhirinya.

SGMS Faida