Bay Bieber Bakal Jadi Bayi Paling Popular Tahun Ini?

Nampaknya penyanyi Justin Bieber mendapat kebahagian berganda untuk tahun ini. Pertama, penyanyi lagu Baby ini telah mengumumkan pertunangannya dengan model jelita Hailey Baldwin pada Julai lalu.

Baru-baru ini, Bieber sekali lagi mengumumkan kelahiran bayi comel Bay Bieber di laman Instagramnya.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi popular, Jeremy Bieber ini melansungkan perkahwinan dengan ibu tirinya, Chelsey Robelo.

Menurut laporan TMZ, ibu tirinya hamil 16 minggu ketika hari perkahwinan.

Bay Bieber merupakan adik ketiga kepada penyanyi kelahiran Kanada ini selepas Jazmyn, 9 dan Jaxon, 8.

SGMS Faida