Hael Bawa Helena Beraya Di Kampung

Sejak bergelar bapa kepada anak angkat tersayang, Helena, fokus penyanyi ini tidak lagi kepada dirinya lagi. Semuanya hanya untuk Helena tersayang.

Ini merupakan kali pertama Hael Husaini beraya bersama anak perempuannya, sudah tentu persiapan lebih kepada si comel itu.

“ Semua persiapan tertumpu pada dia. Untuk saya pula, cukuplah sepasang dua pakaian baharu.

“ Susah nak beritahu berapa baju raya Helena tahun ini, apa yang dia pegang, saya beli saja,” katanya.

Hael bakal membawa pulang Helena ke Seri Menanti, Negeri Sembilan bagi meraikan Syawal tahun ini.

“ Apa saja yang terfikir dalam kepala saya sekarang adalah Helena.

“ Saya bersyukur Helena turut disayangi rakan-rakan dan peminat. Pendek kata, rezeki yang saya peroleh hari ini segalanya menerusi Helena. Saya hanya penjaga kepada rezekinya… Syukur Alhamdulillah,” akhirnya.

SGMS Faida