Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 13, 2023 @ 5:43pm

Hafidz Roshdi Akur Dapatkan Rawatan Psikiatri

Pelakon Hafidz Roshdi mengakui akur dengan keputusan mahkamah berkenaan dirinya perlu mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, hari ini.

Hafidz yang mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan memukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dikhabarkan mempunyai masalah kesihatan mental, bipolar.

Perkara tersebut telah disahkan oleh peguam belanya Datuk Akbardin Abdul Kader ketika proses perbicaraan itu berlangsung di Mahkamah Majestrit Kuala Kubu Bharu, pagi tadi.

“Saya akur dengan apa yang diputuskan oleh pihak mahkamah, sebagai mana sedia maklum saya perlu dapatkan rawatan jadi itu sahaja yang saya boleh komen,” katanya.

Dalam pada itu, Akbardin turut menjelaskan bahawa anak guamnya, Hafidz berhak untuk mendapatkan rawatan memandangkan kes ini dianggap tidak terlalu serius.

“Pihak pendakwaan mempunyai kuasa untuk membuat permohonan sebegini. Mereka menyiasat dan mereka tahu apa kedudukan sebenar fakta kes. Jadi, kalau mereka membuat permohonan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membuat tindakan yang sewajarnya.

“Saya ada bangkitkan isu tentang keseriusan kes ini. Selalunya rujukan sebegini akan dibuat bagi kes-kes yang sangat berat, kes bunuh dan sebagainya kerana defence of insanity tu memang akan membantu tertuduh.

“Tapi dalam kes ni memandangkan satu kes yang bukan begitu serius, jadi saya mohon pada mahkamah agar beliau (Hafidz) tidak ditahan terus dan pihak polis yang akan menguruskan. Kalau begitu dia akan terus direman untuk tempoh 30 hari which is something yang agak berat untuk kes ini.

“Jadi hakim bersetuju dan kekalkan dengan permohonan pihak pendakwaan untuk rujuk ke pihak hospital tapi cara tu telah mahkamah setuju dengan permintaan pihak kami iaitu kami yang akan uruskan dalam tempoh yang telah ditentukan oleh mahkamah,” jelasnya.

Selain itu, peguam yang mewakili Hafidz itu turut menyatakan bahawa kes ini akan dibicarakan semula pada 9 Jun  selepas mengetahui status kesihatannya.

“Setakat ini mahkamah beri arahan untuk dapatkan rawatan hospital dahulu selepas dapat rawatan dari pihak hospital, baru kita tahu kedudukan sebenar beliau sama ada betul ataupun sebaliknya.

“Jadi eloklah diperiksa oleh doktor, dan kelonggaran yang mahkamah bagi adalah kita akan bawa dia sendiri bukan pihak polis yang akan uruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahkamah Majestrit turut memutuskan Hafidz diikat jamin sebanyak  RM4,000 dengan tiga syarat tambahan termasuklah, mendapatkan rawatan dan laporan kesihatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak selain dilarang mengganggu mangsa (Nurul Shuhada) dan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai.

@xtra_my Hafidz Roshdi diperintah jalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia #fyp #xtramy #hafidzroshdi #jalani #rawatan #psikiatri #hospitalbahagia #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Perlu Jalani Rawatan Psikiatri, Hafidz Roshdi Diperintah Untuk Dibawa Ke Hospital Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Dakwaan Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Tenang Tiba Di Mahkamah Pagi Ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Pernah Terlintas Cederakan Orang Yang Saya Sayangi” – Hafidz Roshdi Rindu, Sebak Terkenang Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Alami Bipolar Disorder, Mengaku Masih Cintakan Bekas Isteri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Trending Tue, 13 Mar 2018

Brave Men Save Puppies From Filthy Drain Despite Religious Restrictions

A few brave and kindhearted young men saved two stranded puppies in the dirty drain despite religious beliefs.

Trending Wed, 9 Oct 2019

Menteri Pengangkutan Umum Penguatkuasaan e-Hailing

Ini Peraturan Yang anda Perlu Tahu

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

《金曲奖》客家歌手黄连煜来马一连2天开唱!

把客家歌曲带入主流音乐市场的台湾客家歌手黄连煜定档8月31日及9月1日,连续两天在吉隆坡和槟城深情开唱,要让大马歌迷感受黄连煜的客家创作音乐魅力。

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

EXO vs. BTS: FIFA World Cup 2018 Battle a Draw

The conclusion is…neither won nor lost.

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

黄浚维泪洒记者会!歌唱老师圆10年梦发片

从事教育工作有10年时间的Jinv黄浚维,为了自己的歌唱热诚圆一个梦想,终于推出个人首张专辑《你为什么要唱歌?》;从歌唱老师晋升歌手的他,好友和爱徒纷纷现身记者会,让他不禁泪洒现场。

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

TV3影片登「2018 YouTube Malaysia热门视频」冠军宝座!

如同往常,随着今年渐渐地进入尾声,现在是时候回顾定义了今年YouTube流行趋势的热门歌曲,爆红视频以及极具创意的创作者了!

Featured Mon, 10 Jul 2023
error: Content is protected !!