Haneesya Hanee Galakkan Wanita Lakukan Senaman Angkat Berat

Pelakon dan model Haneesya Hanee tampil berkongsi tips untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan menawan.

Menurut Hanee, sebelum bergelar seorang model, bentuk badannya agak berisi bahkan dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus dan ideal.

“Benda ni saya belajar sepanjang saya jadi model. Apa yang orang nampak sekarang, saya bukan macam ni sebelum ni. Dulu saya chubby sebenarnya.

“Bila saya mula menjadi model, benda tu amat sukar untuk saya sebab badan saya berisi. Saya chubby dan curvy lah basically. Model ada standard dia jadi nak kena kurus apa semua.

“So saya dah cuba banyak gila supplement, ubat kurus, diet you name itu apa yang saya tak buat. Pelbagai jenis diet saya dah buat. Berat saya turun tapi satu masa dia static je dan tiada perubahan,” katanya.

Kata Hanee, dia sedar perubahan yang ketara apabila mula membuat senaman angkat berat bahkan bentuk badannya lebih cantik berbanding senaman dan diet lain.

Teruja dengan perubahan itu, Hanee juga sempat menggalakkan wanita lain untuk mula mencuba senaman tersebut.

“Kemudian saya sedar macam workout cardio dia ada perbezaan tapi ada satu masa dia akan sama je.

“Jadi saya sedar senaman angkat berat saya nampak perbezaan dia sebab badan saya lebih tone lagi, nampak muscle dan saya nampak lagi kurus bila saya mula angkat berat.

“Jadi perempuan di luar sana, jangan takut untuk angkat berat, takut dia akan jadi besar ke buff ke, kita takkan nampak buff okay. Dia akan buat awak lebih seksi adalah. The more you lift weights, the more feminine you’ll be,” jelasnya.

Fatin Nurain