‘Hanya Bercuti, Bukan Berhenti’- Nubhan Nekad Kembali Aktif Menyanyi

Tiga tahun sepi tanpa single, penyanyi Nubhan Ahamad kini tampil dengan single baharu berjudul Selamat Jalan Cinta.

Akui penyanyi berusia 30 tahun ini, untuk tempoh tiga tahun dia terpaksa meninggalkan dunia nyanyian buat sementara bagi memberi laluan kepada perniagaan, Juwita Divine.

“ Bukan niat nak berhenti menyanyi. Saya hanya ‘bercuti’ sebentar kerana saya tidak mampu melakukan dua kerja dalam masa sama. Selepas perniagaan sudah stabil, barulah saya berani untuk aktif semula.

“ Tapi pada mulanya saya risau sama ada bakat saya masih boleh diterima pendengar atau tidak. Tetapi saya mendapat sokongan padu daripada keluarga terutama isteri yang mahu saya kembali aktif dalam bidang seni,” katanya yang ditemui di majlis sidang media pelancaran muzik video Selamat Jalan Cinta di Neway Karaoke, One Utama hari ini.

Menurut bapa satu anak ini, dia sama sekali tidak menyangka berpeluang menghasilkan single semula selepas sekian lama menyepi.

“ Tipulah kalau saya kata tak kekok menyanyi di atas pentas, masuk ke studio rakaman atau menjelajah ke setiap negeri berbeza. Tetapi ini minat saya sejak kecil.

“ Saya selalu beritahu kepada sahabat yang juga pengurus, Becky Zulkepli rindu nak menyanyi semula. Alhamdulillah hasrat tercapai akhirnya,” katanya memberitahu Selamat Jalan Cinta merupakan single ke 13 nyanyiannya.

Single Selamat Jalan Cinta boleh didengarkan di semua digital platform sejak 12 November 2018. Jom request Selamat Jalan Cinta di radio kegemaran korang sekarang!

SGMS Faida