“Hargailah Kami Kerana Usaha, Janganlah Banding-Bandingkan” – Kena Compare Dengan Siti Nordiana, Ini Reaksi Alyah

Penyanyi Datin Alyah tampil meluahkan rasa kurang senang apabila lagu Kisah Hati yang dibawakan oleh penyanyi Siti Nordiana di sebuah program nyanyian dibandingkan oleh pihak juri, Hetty Koes Endang.

Terdahulu, Hetty menyatakan pendapatnya bahawa lagu yang dibawakan dalam versi Siti Nodiana atau Nana itu lebih bagus daripada nyanyiannya sebagai penyanyi asal.

Menurut Alyah, kehadirannya di program tersebut untuk menunjukkan tanda sokongan kepada Nana yang ingin menyanyikan lagunya itu.

Namun, dia tidak sangka apabila nyanyiannya turut dibanding-bandingkan sedemikian rupa dikhalayak ramai.

“Seperti mana semua tahu saya jarang nak datang tonton gv secara live. Adakala dengan jadual jemputan nyanyian yangkebetulan kena pada hari yang sama.

‘Tapi malam tadi saya hadir memang untuk support sahabat saya yang menyanyikan lagu saya. Walaupon dikejutkan dengan situasi yang agak buat saya terkedu sehingga saya tak tau nak react macam mana dan hanya mampu senyum,” tulisnya.

Dalam pada itu, Alyah turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh peminatnya dan meminta agar mereka tidak bergaduh sesama fan club.

Tambah Alyah, dia sendiri telah merakam lagu tersebut berulang kali kerana ingin berikan yang terbaik dalam nyanyiannya dan memohon agar tiada pihak yang membanding-bandingkan usaha kerasnya.

“Saya yakın dia pun berusaha keras nak beri yang terbaik begitu juga saya. Saya rakamkan lagu Kisah Hati ini berulang kali sebab saya nak yang terbaik.

“Setiap penyanyi pasti akan lakukan sehabis baik untuk setiap nyanyian mereka. Tak kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain.

“Hargailah kami kerana usaha kami mohon janganlah banding2kan kami kerna kami saja tahu bagaimana rasa sakit itu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Alyah telah berjaya mara ke pusingan Semi Final Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) menerusi lagu Cinta Sahabiyah.

Enggan kes tersebut berlarutan penyanyi itu turut memohon kepada orang ramai untuk memberikan sokongan kepadanya di SFMM38 nanti

“Ok saya dah luahkan huraian saya kita tutup buku kes ni ya. Jom support cinta sahabiyah di semi final muzik muzik,” katanya.

Fatin Nurain