Hiburan By: Syamir Shafie January 4, 2024 @ 3:55pm

Hentikan Sebar Berita Palsu…Hasnol Belum Meninggal Dunia, Masih Stabil & Sedang Dirawat Di Hospital

Penyanyi era 1990-an, Hasnol meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan kesihatannya yang kini sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Selangor, sejak Isnin lalu akibat disyaki menghidap tibi atau kanser.

Dia berharap agar tidak berdepan penyakit kronik yang berbahaya.

Pemilik nama sebenar Hasnol Hassan Ariff itu memaklumkan dia telah mengalami demam yang berpanjangan selama lebih sebulan.

Lebih parah lagi, dalam tempoh demam itu, dia tidak mampu bergerak pada minggu lepas.

“Minggu lalu, keadaan saya memang sangat kritikal sehingga hendak bergerak pun tak boleh.

“Malah, kalau hendak bercakap pun rasanya sangat susah dan hanya ingin baring.

“Sampaikan kena panggil ambulans untuk bawa saya ke hospital. Sebelum itu, saya kerap demam, boleh dikatakan setiap hari apabila masuk sahaja waktu petang, saya demam.

“Tahap kesihatan buah pinggang dan hati juga mula merosot. Pada awalnya, saya tidak pasti kenapa dan hanya bertahan.

“Selepas makin teruk dan dibawa ke hospital barulah saya tahu mengenai tahap kesihatan saya ketika ini,” jelasnya.

Menurut Harian Metro, keputusan imbasan x-ray hasil pemeriksaan di hospital menunjukkan ada tompokan di paru-paru sebelah kanan, dipercayai jangkitan kuman.

Hasnol berkata, dia bakal mengikuti prosedur pengambilan spesimen daripada paru-paru untuk mengesan penyakit.

“Doktor memaklumkan prosedur itu juga antara lain adalah untuk mengetahui bagaimana keadaan buah pinggang dan hati saya. Setakat ini, kedua-dua organ itu tidak berfungsi dengan baik.

“Cuma untuk tibi, keputusannya negatif selepas menjalani pemeriksaan sebanyak tiga kali. Sekarang hendak dapatkan spesimen daripada paru-paru dan buat kajian untuk kenal pasti penyakit apa yang saya hidapi.

“Saya berdoa dan berharap supaya keputusan yang diterima nanti tidaklah menakutkan untuk menjalani kehidupan pada 2024 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hasnol berasa kecewa dan sedih dengan penyebaran berita palsu tentang kematiannya baru-baru sedangkan dia masih stabil serta sedang dirawat di hospital.

“Saya nasihatkan semak terlebih dahulu kesahihan khabar angin sebelum membuat andaian. Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada saya, malah ada juga artis lain pernah berdepan situasi sama.

“Perkara itu secara tidak langsung akan menambah tekanan kepada mereka yang sedang berdepan masalah kesihatan,” luahnya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

‘Beliau Yang Saya Kenal, Sentiasa Jinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana,’ -Rizalman

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya, tulis Rizalman…

Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Wed, 13 Jan 2021
Events Sun, 9 Feb 2020
Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Syarat Utama Saya Adalah…” – Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri

Macam mana agaknya bunyi kalau berduet dengan Raja Pop Malaysia ni kan?

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Hattan Terima Tawaran Berlakon Filem Kerana Dialek Negeri Sembilan

Penyanyi Datuk Hattan menerima tawaran berlakon filem Gadis Jolobu The Movie kerana ia mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Menurut Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, dia membintangi filem komedi itu kerana mahu mengangkat budaya […]