Hiburan By: Syamir Shafie December 20, 2023 @ 9:07pm

Hilang Upaya Kawal Otot, Kesihatan Celine Dion Makin Merosot

Keadaan penyanyi tersohor, Celine Dion dikhabarkan semakin parah gara-gara hilang keupayaan mengawal otot selepas setahun menderita sindrom orang kaku.

Dedah Kakaknya, Claudette, pelantun lagu My Heart Will Go On itu tidak berupaya mengawal sebahagian pergerakan menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada bantuan orang sekeliling.

“Tidak ada lagi kawalan atas otot-ototnya. Apa yang paling menyedihkan dia mempunyai disiplin hidup yang tinggi.

“Impiannya kini adalah untuk kembali ke pentas semula, menghiburkan peminat setianya, itu juga harapan kami, tetapi kemampuan itu tiada.

“Dia sentiasa bekerja keras. Ibu kami selalu berpesan, dia akan jadi seorang yang berjaya,” ujarnya.

Celine bagaimanapun ingin segera sembuh daripada penyakit itu kerana merindui kerjaya nyanyiannya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, penyanyi legenda itu terpaksa membatalkan siri konsert Courage World Tour tahun lalu setelah disahkan menghidap penyakit yang jarang ditemui.

Dalam pada itu, Celine turut memohon maaf kepada peminatnya kerana telah mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran konsert tersebut atas faktor kesihatan.

“Saya sedang berusaha sebaik mungkin untuk bina kembali kemampuan tetapi konsert jelajah sangat membebankan walaupun anda berada di keupayaan kesihatan yang sempurna.

“Tidak adil untuk saya terus menangguhkan konsert. Walaupun keputusan itu sangat memeritkan saya tetapi lebih baik konsert ini dibatalkan sehingga saya berada dalam keadaan yang sihat.” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini

Trending Wed, 14 Apr 2021

Ini Tanda-Tanda Amalan Puasa Anda Diterima

Semoga kita sentiasa istiqamah..

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia…Romantiknya Awi!