Categories: HiburanSelebriti

Hisyam Hamid Rimas Di Set Filem Hantu?

Pelakon Hisyam Hamid mengaku berdepan dengan pengalaman sukar semasa menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak.

Kata Hisyam kepada Xtra, dia terpaksa memakai kanta lekap berwarna putih yang ‘merimaskan’ matanya apatah lagi sering terasa pedih.

“Bayangkan saya mengambil masa yang agak lama sebelum berjaya memakai kanta lekap berwarna putih untuk babak saya dirasuk.

“Sebenarnya saya segan apabila semua orang di set menunggu untuk saya siap dipakai kanta.

“Untuk watak dirasuk, saya dipakaikan kanta tetapi asyik tertanggal pula,” katanya sambil ketawa.

Akui Hisyam, dia kurang selesa apabila warga produksi lain terpaksa menunggunya untuk bersiap lama.

“Pengalaman berbeza kali ini. Selalunya saya antara yang cepat bersiap. Kali ini, orang lain terpaksa tunggu saya bersiap. Segan pula rasanya,” katanya.

Filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap, Dendam Pontianak yangh akan menghantui seluruh panggung wayang pada 12 September depan turut menampilkan pelakon utamanya, Fazura, Remy Ishak, Namron, Wan Hanafi Su dan lain-lain.

SGMS Fas