“I Would Say Yes On The Spot” – Dapat Bergandingan Dengan ‘Crush’, Hun Haqeem Kongsi Sifat Daiyan Trisha Yang Disukai

Pelakon Hun Haqeem sebelum ini pernah memberitahu di dalam sebuah temu bual dimana dia mempunyai ‘crush’ atau minat terhadap pelakon dan penyanyi cantik, Daiyan Trisha.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersipu Malu! Meerqeen Dedah Selebriti Yang Diminati Hun Haqeem

Beberapa tahun kemudian, Hun akhirnya dapat bekerjasama dengan wanita yang disukainya untuk sebuah jenama pakaian dan terkini untuk drama adaptasi di platform Viu iaitu W Two Worlds.

Menurutnya, dia menyifatkan Daiyan sebagai seseorang yang sangat komited dengan kerja dan sangat selesa bergandingan dengannya.

“Saya dan Daiyan dah pernah bekerjasama untuk satu jenama pakaian sebelum ini dan dah berjumpa dan bekerja sekali.

“What is nice about Daiyan, she is passionate about her project dan dia buat wholeheartedly. Kadang-kadang saya dekat set penggambaran, pinjam skrip dia memang she really gave all of her heart.

“Dari segi chemistry, it’s easy to work with her sebab kami dah jadi kawan. Dream come true atau tidak, I am just glad that I am able to meet Daiyan and know her as a person sebagai rakan kerja dan as a friend,” katanya semasa di temui di sidang media W Two Worlds terbitan Viu Original di Kuala Lumpur Convention Centre, sebentar tadi.

Sementara itu, Hun menyatakan rasa tidak sabar untuk bekerjasama dengan Daiyan sekiranya diberi peluang lagi.

“She is amazing and I really hope in the future kalau ada apa-apa project dengan Daiyan, I would say yes on the spot. I would love create a lot more beautiful pieces with her iaitu seseorang yang sangat passionate,” ujarnya.

Selain Hun dan Daiyan, W Two Worlds turut dibintangi pelakon Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Maya Basir